“Baru Masuk Kereta Dah Handsome” - Video Lee Zii Jia Dikejar Peminat Raih Perhatian

2 Jun 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Atlet badminton negara, Lee Zii Jia sekali lagi meraih perhatian netizen gara-gara sepotong video yang dirakam oleh peminat tular di media sosial.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan Lee Zii Jia baru keluar daripada sebuah bangunan dan ingin kembali ke keretanya.

Masuk kereta

Namun, lelaki berusia 26 tahun tahun itu diserbu peminat yang rata-ratanya dilihat dalam kalangan kanak-kanak dan juga remaja.

image is not available

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh akaun yang dipercayai dari Indonesia itu, pemiliknya berkata: “Sebetulnya ni menakutkan tapi nampak lah Jia (Lee Zii Jia) idola budak-budak sekolah. Dia inspriasi bagi orang muda. Budak-budak memang macam tu lah kalau jumpa idola mereka. Asal yang tua juga jangan lebih batas,” tulisnya.

Namun, di sebalik komen-komen berkenaan, ada juga yang memberi respons terhadap ‘gaya’ Lee Zii Jia memasuki perut keretanya iaitu Mazda.

image is not available

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial apabila ada atlet wanita yang didakwa terkesima apabila melihat atlet berkenaan secara berhadapan.

Sumber: Platform X

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.