Baru Nak ‘Feeling' Macam Rose Blackpink, Netizen Pula Cakap Isteri Haqiem Rusli Macam Kak KM... Ini Respons Tuan Badan

9 Jan 2025 • 12:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea sekali lagi menjadi ‘bahan’ netizen gara-gara membuat konten yang mengatakan wajahnya seiras dengan ahli kumpulan Blackpink, Rosè.

 

Menerusi perkongsian di TikTok, Anis memuat naik hantaran berserta kapsyen seloroh bertanyakan perasaan adiknya tentang mempunyai seorang kakak yang hampir serupa dengan penyanyi Korea Selatan tersebut.

 

“Bagaimana rasanya bila ada kakak seiras dengan Rosè,” tulisnya.

Netizen cakap macam Kak KM

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut malah menyamakan wajah Anis Sofea dengan usahawan sensasi, Kak KM.

 

“Macam kak KM la sama.

 

“Macam Kak KM sis.

 

“Tang mana macam rosie nampak macam kak KM je,” komen beberapa netizen.

 

Bagaimanapun, isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli itu juga sempat membalas komen netizen. 

 

“Kak KM pun ciptaan Allah,” balasnya. 

 

Sekadar info, Anis Sofea mendirikan rumah tangga bersama Haqiem Rusli pada 19 November 2021.

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved