Baru Nak Terbang Layan "View" Laut, Pelancong Terjatuh Lepas Kabel Parasailing Putus

LocalTravel
28 Apr 2026 • 1:45 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Baru Nak Terbang Layan "View" Laut, Pelancong Terjatuh Lepas Kabel Parasailing Putus

Baru Nak Terbang Layan "View" Laut, Pelancong Terjatuh Lepas Kabel Parasailing Putus

Satu insiden parasailing di Pantai Kamala menjadi tular selepas rakaman video menunjukkan seorang pelancong dan seorang operator terjatuh ke laut apabila kabel penarik tiba-tiba putus ketika aktiviti sedang berlangsung.

Kejadian yang berlaku pada 20 April di daerah Kathu, Phuket itu melibatkan sebuah bot laju yang sedang menarik payung parasail membawa seorang pelancong asing bersama seorang operator yang turut mengawasi aktiviti tersebut.

Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan payung parasail pada awalnya naik seperti biasa sebelum kabel penarik tiba-tiba putus.

Kedua-dua individu terbabit kemudian terjatuh ke laut, menyebabkan orang ramai di lokasi menyaksikan detik cemas tersebut.

Insiden tersebut mencetuskan perbincangan meluas dalam talian mengenai tahap keselamatan aktiviti pelancongan air di Thailand.

Baca juga:

Ramai pengguna media sosial mempersoalkan tahap penyelenggaraan peralatan serta prosedur operasi yang digunaka, selain menggesa supaya penguatkuasaan serta pemeriksaan keselamatan dipertingkatkan terhadap pengendali aktiviti sukan lasak pelancongan.

Siasatan dan Pemeriksaan Pihak Berkuasa

Susulan itu, pada 22 April, Polis Kamala bersama polis marin, Pejabat Marin Phuket dan pengusaha bot tempatan telah menjalankan pemeriksaan ke atas operator parasailing di kawasan berkenaan.

Image from: Baru Nak Terbang Layan "View" Laut, Pelancong Terjatuh Lepas Kabel Parasailing Putus
Kredit: Bangkok Post

Pihak berkuasa memeriksa lesen operasi, dokumen kru serta menjalankan ujian dadah ke atas kakitangan.

Tiada sebarang pelanggaran atau bahan terlarang ditemui dalam pemeriksaan awal tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati kabel penarik itu putus selepas tersangkut pada kipas bot, yang menyebabkan kerosakan sebelum akhirnya terputus ketika berada di udara.

Pihak berkuasa turut mengadakan mesyuarat bersama agensi berkaitan bagi meneliti langkah pencegahan dan penambahbaikan prosedur keselamatan.

Pejabat Marin Phuket kini meneruskan siasatan lanjut bagi menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang oleh kru yang terlibat.