Tali Putus Terkena Kipas Bot, Pelancong Jatuh Ke Laut Ketika Parasailing

Travel
23 Apr 2026 • 10:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tali Putus Terkena Kipas Bot, Pelancong Jatuh Ke Laut Ketika Parasailing

Tali terputus akibat terkena kipas bot dipercayai menjadi punca seorang pelancong dan pembantu terjatuh ke dalam laut ketika melakukan aktiviti parasailing di Pantai Kamala pada 20 April lalu.

The Thaiger melaporkan insiden tersebut mula tular selepas seorang saksi warga asing memuat naik rakaman video di TikTok yang memaparkan tali yang menghubungkan payung terjun dengan bot laju terputus sejurus selepas berlepas.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilaporkan hanya terjatuh dari ketinggian rendah ke dalam air dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rakaman berkenaan turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang awam terhadap tahap keselamatan aktiviti itu, sekali gus mencetuskan desakan agar pemantauan lebih ketat dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian sama berulang di Phuket.

image is not available

Siasatan yang dijalankan oleh pegawai dari Balai Polis Kamala, Polis Marin dan Pejabat Maritim Phuket mengesahkan pengusaha aktiviti berkenaan memiliki permit sah, manakala kakitangannya turut mempunyai dokumentasi lengkap.

Polis turut melakukan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bot dan keputusan didapati negatif.

Difahamkan, hasil siasatan mendapati tali yang digunakan terputus selepas terkena kipas bot ketika operasi, sekali gus menjadi punca insiden tersebut berlaku.

Perbincangan lanjut sedang dijalankan bersama agensi berkaitan

Dalam pada itu, Pejabat Maritim Phuket memaklumkan perbincangan lanjut sedang dijalankan bersama agensi berkaitan bagi memperkenalkan langkah keselamatan tambahan untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Kakitangan parasailing turut akan dipanggil bagi membantu siasatan lanjut, termasuk menentukan sama ada sebarang tindakan undang-undang perlu diambil.

Pihak berkuasa menegaskan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pengusaha sekiranya didapati melanggar peraturan, walaupun tanpa laporan rasmi daripada pelancong terlibat.

image is not available

Dalam perkembangan berkaitan, satu insiden pada Februari 2024 menyaksikan seorang pelancong dari China menuntut ganti rugi selepas kemalangan parasailing di Pantai Karon yang mengakibatkan kakinya patah.

Mangsa mendakwa pengusaha mengutamakan keuntungan berbanding aspek keselamatan serta meneruskan operasi walaupun keadaan tidak selamat.

Pengusaha bagaimanapun dilaporkan membayar pampasan sebanyak 400,000 Baht (kira-kira RM51,750).

Namun, pihak pengusaha menafikan kecuaian dan menjelaskan kejadian itu berpunca daripada perubahan arah angin secara tiba-tiba.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved