Baru Nikah 3 Bulan, Suami Tergamak ‘Jual’ Isteri Di Michat – “*Servis* Harga RM44 Sehingga RM98…”

3 Aug 2025 • 12:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kejadian mengejutkan tercetus apabila seorang wanita yang baru berkahwin selama tiga bulan dilaporkan menjadi mangsa perdagangan seks dalaman yang dikawal oleh suaminya sendiri.

Kes ini terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah sewa yang digunakan sebagai pusat pelacuran.

Menurut sumber, pasangan tersebut menawarkan servis ‘jualan diri’ melalui aplikasi MiChat, dengan harga bermula serendah Rp150,000 (RM44) sesi hingga Rp350,000 (RM98).

image is not available

Difahamkan, si suami galak mencari pelanggan di aplikasi sembang sosial Michat. Lebih menjijikkan, si suami dikatakan akan menunggu di luar bilik sewa di saat lelaki hidung belang ‘bersama’ dengan isteri di dalam bilik.

Ketika serbuan, polis menemui beberapa barangan bukti seperti dua sijil nikah, wang tunai dan enam telefon bimbit.

image is not available

Pasangan yang masing-masing berusia 27 tahun itu kini ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 2, Akta Jenayah Berkaitan Pemerdagangan Orang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-03 10:08:06

"Lain Kali Sensitif Sikit, Awak Tu Ada Pengaruh" - Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada 'Plot Twist' Dalam Kes Zara Qairina