Baru Sah Bercerai, Syida Melvin Beri ‘Warning’ Tentang Individu Narsisis – “Dia Dahagakan Pujian”

EntertainmentLifestyle
14 Aug 2026 • 4:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sifat individu yang disifatkan sebagai seorang narsisis menerusi media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, Syida secara berseloroh mendakwa individu sedemikian boleh kelihatan baik dan lemah lembut di mata orang lain, selain gemar menerima pujian daripada orang sekeliling.

Advertisement

syida melvin

“Narsisis memang pijak semut tak mati tau korang. Haha. Dan, dia dahagakan pujian! Jadi eloklah yang puji-puja, ‘Eh baiknya dia ini aku tengok’, ‘Eh lembutnya dia ini cakap’.

“Haaa, itu yang menjadi makanan dia. Jaga-jaga, jaga-jaga. ” tulisnya.

Bagaimanapun, Syida tidak menyebut atau menamakan mana-mana individu secara khusus dalam hantaran berkenaan. Perkongsian tersebut hadir ketika kisah rumah tangganya bersama bekas suami, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, sedang menjadi perhatian.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan berkenaan berakhir selepas mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada Rabu.

Syida Melvin Anggap Perceraian Sebagai ‘Hadiah’ Hari Jadi Ke-30, Sedia Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal

Menurut peguam syarie yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah, pihak defendan telah melafazkan cerai di hadapan hakim pada jam 9.25 pagi.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin mendirikan rumah tangga bersama Syafiq pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Syafiq pula merupakan anak kepada tokoh perniagaan yang cukup dikenali sebagai ‘Iron Lady Malaysia’, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syida2026-08-12 12:36:05

Syida Melvin Anggap Perceraian Sebagai ‘Hadiah’ Hari Jadi Ke-30, Sedia Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal

The post Baru Sah Bercerai, Syida Melvin Beri ‘Warning’ Tentang Individu Narsisis – “Dia Dahagakan Pujian” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved