
Setelah beberapa hari akhirnya terjawab segala persoalan rakyat Malaysia apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 (PM) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara itu secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai selepas pelbagai rundingan dilakukan untuk membentuk Kerajaan Persekutuna yang baharu.
Himpunkan janji yang ditawarkan PH jika menang dalam PRU15
Susulan dengan pengumuman tersebut, tular rantaian ciapan di Twitter oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai @ZackAvaricious yang menghimpunkan beberapa janji yang ditawarkan oleh PH.
Menerusi bebenang tersebut, Zack telah menyenaraikan lapan janji yang ditawarkan oleh PH sekiranya mereka berjaya memenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan membentuk kerajaan.
Antara janji PH adalah:
- Tiada tol di Lebuh Raya Utara Selatan
- Datuk Seri Anwar janji gaji menteri akan dipotong
- Anwar janji pulih ekonomi dengan pengaruh yang dimilikinya
- Utamakan kenaikan gaji
- 4 janji untuk Sabah dan Sarawak
- Siasat perbelanjaan RM500 billion yang digunakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
- 10 tawaran utama dalam manifesto
- Tiada lagi ‘pembangunan terpilih’ jika PH menang
Perkongsian itu turut mengundang perhatian ramai apabila ada yang turut menyenaraikan beberapa lagi janji yang ditawarkan oleh parti tersebut.
Terdapat juga segelintir yang merasakan perlu untuk memberikan masa kepada PH dalam menunaikan janji tersebut kerana dibimbangi ia akan menjejaskan pelbagai sektor sekiranya dilunaskan dalam kadar segera.
Baca artikel berkaitan:
