Baru saja berbalas mesej, Zarina Zainuddin tak sangka ibu meninggal selepas subuh

LocalEntertainment
4 Dec 2024 • 11:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Zarina Zainuddin tak sangka ibu meninggal

Pelakon wanita, Zarina Zainuddin tak sangka ibu meninggal selepas subuh sedangkan baru sahaja beberapa jam berbalas mesej di aplikasi WhatsApp.

Menurut Zarina di Instagram, ibunya Zuhara binti Abdul Mutalib baru sahaja meninggal dunia subuh tadi disamping bapanya.

image is not available

Zarina Zainuddin tak sangka ibu meninggal, baru mesej pukul 2.30 pagi tadi

Ujar pelakon itu lagi, dia baru sahaja berbalas mesej dengan ibunya awal pagi tadi sekitar jam 2 pagi memandangkan dia baru sahaja pulang dari set pengambaran.

“Last saya bermesej dengan mak saya malam tadi waktu saya balik dari shooting jam 2.30 pagi .. al fatihah,” tulisnya.

Zarina Zainuddin tak sangka ibu meninggal, baru saja hantar gambar sedang makan

Dia juga sempat berkongsi hantaran di media sosial perbualan terakhir dengan ibunya yang ketika itu baru sahaja bangun dan memaklumkan terasa lapar sebelum menumbuk sambal untuk dijadikan lauk.

Dedah Zarina, dia sebelum ini lama tidak bercakap dengan ibunya disebabkan kecil hati, namun mengalah dan kembali rapat selepas memohon maaf.

image is not available

Harap dapat doakan roh allahyarham ibu

Susulan daripada itu, dia memohon agar orang ramai dapat mendoakan allahyarham ibunya agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan merahmati roh allahyarham.

image is not available

Ramai terkejut dengan berita pemergian

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah meninggalkan ucapan takziah ke atas pemergian ibunda dari Zarina.

Rata-rata mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian ini.

image is not available

Innalillahiwainailahirajiun, salam takziah

image is not available

Terasa mengejut sangat pemergiannya

image is not available x

Salam takziah buat Zarina Zainuddin dan keluarga diatas pemergian ibu tersayang.

Sumber: Instagram zarinazainuddin