Rita Rudaini Tak Setuju Peperiksaan Dimansuhkan, Anggap Silibus Punca Stress

Entertainment
28 Nov 2024 • 5:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, ramai yang mempersoalkan perancangan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk memansuhkan peperiksaan di sekolah bagi mengurangkan tekanan pelajar.

Perkara itu mendapat pelbagai respon daripada orang awam khususnya ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah.

Pelakon terkenal tempatan, Rita Rudaini menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa tidak setujunya berkaitan perancangan tersebut.

Menurutnya, peperiksaan itu bukanlah punca kepada stress pelajar tetapi silibus yang terlalu susah dan rumit.

image is not available

“Setiap kali tukar menteri, dasar pendidikan negara pun bertukar. Cikgu-cikgu belum sempat nak hafal dan hadam sistem yang lama, dah tukar lain pula.

Peperiksaan itu tidak stress, yang stress itu silibus, tolong jangan beratkan silibus anak-anak,” tulisnya.

Malah, pelakon filem Mami Jarum itu turut berkata tekanan itu pasti akan dirasai oleh semua pelajar sehingga ke alam pekerjaaan.

Dia juga berkata disebabkan silibus yang terlalu advanced, dia tidak dapat mengajar anaknya yang masih bersekolah dan perlu menghantar anaknya itu ke kelas tambahan.

image is not available

“Silibus yang ada dulu okay je, semua budak-budak dulu jadi orang, berjaya, siap ada yang jadi menteri lagi,” katanya lagi.

Sebagai info, Menteri Pendidikan di Parlimen baru-baru ini berkata pihaknya ingin memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan terhadap murid sekolah bertujuan mengurangkan tekanan mereka.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.