Baru saja kena tag, jenama aiskrim terus nafi Ruhainies sebagai duta

30 Apr 2024 • 12:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jenama aiskrim terus nafi Ruhainies sebagai duta mereka selepas pelakon itu meninggalkan tag sewaktu memuat naik gambar aiskrim yang dibeli.

Kongsi gambar makan aiskrim coklat

Dalam posting yang dibuat Ruhainies, dia telah berkongsi gambar aiskrim coklat yang dibeli dengan kapsyen menyukai jenama tersebut serta singkatan perkataan yang belum dirungkai maksudnya.

image is not available

Jenama aiskrim terus nafi, tak lantik duta pun

Susulan daripada itu, jenama aiskrim berkenaan telah tampil meninggalkan komen menyatakan tidak melantik mana-mana selebriti tempatan untuk mempromosikan produk keluaran mereka.

Setakat ini komitmen mereka adalah untuk menyajikan produk-produk terutamanya coklat yang berkualiti kepada para penggemar.

image is not available

Jenama aiskrim terus nafi, langkah segera dari kena kecam

Kenyataan penafian yang dibuat di ruangan komen mereka itu susulan ada sesetengah netizen yang menyerang jenama terbabit kerana menganggap Ruhainies menjadi duta kepada aiskrim terbabit.

“Ruhainies buat Insta story mention Godiva. Nurtizen salah faham ingat Godiva lantik Ruhainies jadi duta, lalu mula attack dekat ruangan komen ig Godiva. Maka, terpaksalahh Godiva buat statement berikut…” tulis pengguna X.

image is not available

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen yang kebanyakkan mengulas isu semasa berkaitan selebriti tersebut.

Mereka juga merasakan kenyataan yang dibuat jenama terbabit merupakan satu langkah segera supaya tidak dikecam oleh netizen yang sedang geram dengan kontroversi Ruhainies.

Sumber: X IniAlalalannn