“Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western” – Individu Kongsi Pengalaman Tak ‘Best’ Ketika Ke Restoran PMW

LocalFood
9 Jun 2025 • 12:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang individu berkongsi pengalamannya mencuba makanan western dari negeri utara yang terkenal, Pak Mat Western buat kali pertama.

Katanya, ketika dalam perjalanan dari Selangor ke Kedah, dia telah singgah ke restoran berkenaan dan teruja untuk mencuba makanan yang tular dan diuar-uarkan sedap.

Dengan hati dan perut yang lapar, memang dah fikir nak support local. Tapi i dihampakan.

Selepas mencuba Pak Mat Western, individu tersebut berpendapat bahawa restoran tersebut perlu menambah baik daripada segi servis dan kualiti makanan.

Disebabkan nak cepat (hantar makanan kepada pelanggan), makanan yang dapat sejuk. Sumpah potong mood.

image is not available

Individu tersebut telah memesan chicken chop dan mix platter dan dakwanya kedua-dua menu tersebut diterimanya dalam keadaan sejuk.

Selain itu, katanya pekerja di restoran tersebut tidak take note tentang pesanan daripada pelanggan.

image is not available

image is not available

Meskipun melalui pengalaman kurang menyenangkan dan makanan yang diterimanya sejuk dia dan keluarga tidak mahu membazir dan menghabiskan semuanya.

image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 months ago

“Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi...” - Akaun TikTok ‘BoikotPakMat’ Dakwa Pak Mat Western ‘Liat’ Bayar Gaji Staf?