Bukan sekadar kopi, Nasken Coffee sasar buka 43 cawangan menjelang akhir tahun ini

LocalBusiness & Finance
30 May 2025 • 8:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jenama restoran makanan dan minuman tempatan, Nasken International Sdn Bhd (Nasken Coffee) yang kini sedang berkembang pesat telah merasmikan cawangan ke-43 mereka di Presint 15 Putrajaya.

Pembukaan cawangan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad pada hari ini.

Nasken Coffee sasar buka 43 cawangan menjelang akhir tahun 2025

image is not available

Ditubuhkan pada Disember 2019 oleh Mohd Nazif Ab Aziz, Nasken bermula dengan aspirasi untuk membawa cita rasa warisan Malaysia kepada generasi moden dalam suasana kontemporari dan mesra pelanggan.

Bermula dari satu cawangan, Nasken berkembang pantas ke seluruh negara dan kini mensasarkan pembukaan 43 cawangan lagi di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2025.

“Pembukaan cawangan ke-43 ini bukan sekadar pencapaian tetapi simbol kepercayaan masyarakat terhadap jenama tempatan yang berkualiti dan berprinsip,” kata Mohd Nazif ketika berucap pada majlis berkenaan.

image is not available

Dengan visi jangka panjang yang kukuh, Nasken International kini dalam fasa persediaan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang akhir tahun 2026.

Langkah ini akan memperkukuh modal syarikat dan menjadi batu loncatan untuk meluaskan pasaran ke peringkat serantau termasuk ASEAN dan Timur Tengah.

Di bawah slogan “Bukan Sekadar Kopi”, Nasken menawarkan lebih dari sekadar minuman, namun ia membawa pengalaman, komuniti dan semangat anak Malaysia ke dalam setiap cawangannya.

image is not available

Sempena pembukaan cawangan baru di Presint 15 Putrajaya, Nasken Coffee menawarkan promosi potongan 50% bagi menu terpilih di semua cawangan sleuruh Malaysia.