‘Baru sedar masih ada baki RM700 MySara belum guna’

LocalPersonal Finance
23 Jul 2026 • 4:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Baru sedar masih ada baki RM700 MySara belum guna’

PETALING JAYA – Perkongsian seorang wanita mencuri perhatian apabila mendapati dia masih mempunyai baki bantuan MySara sebanyak RM700 yang tidak pernah digunakan.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna @__xreenxx berkata, dia terdetik untuk menyemak status MySARA selepas isu kebocoran data peribadi melibatkan pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Tengok ramai orang tengah semak SARA… sekali sendiri tak pernah guna.

“Malas guna IC jadi macam ni lah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang kagum melihat baki bantuan MySara miliknya masih berjumlah RM700.

“Bestnya dik, kalau akak dah penuh barang dapur tu,” komen Linda.

“Jangan tak guna, nanti rugi,” tulis Syifa.

“Bestnya dapat macam ni, kita punya dah kosong,” kata Yana.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mempersoalkan dakwaan kebocoran data peribadinya selepas seorang pengguna Threads mendedahkan maklumat bil telefon bimbitnya serta data lain, termasuk maklumat berkaitan bantuan MySara.

Semalam, Khairul Aming menerusi peguamnya telah mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada sebuah syarikat telekomunikasi berhubung dakwaan kebocoran data tersebut. -KOSMO! ONLINE

The post ‘Baru sedar masih ada baki RM700 MySara belum guna’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved