Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu, pempengaruh Ubai tidak kisah dan mengaku bahawa dirinya melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan, baginya, ia adalah salah satu cara untuk hilangkan bosan.
Pemilik nama sebenar Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 28 mengatakan bahawa, dia masih lagi belum berfikir untuk menjadikannya sebagai kerjaya tetap buat masa ini.
Artikel berkaitan: Shila Amzah Kongsi Alami Trauma Dengan Pulau Pinang, Namun Ubai Berjaya Mengubah Segalanya
Artikel berkaitan: “Kenapa makin mahal ya?” – Ubai Terkejut Lesen Kereta Hampir Cecah RM3K, Netizen Pun Setuju!
“Kalau bosan, saya buatlah Grab, kerja sebagai penghantar makanan. Tambahan pula sudah beli motor baharu, nak pergi ‘ride’ tidak boleh, jadi saya jadi penghantar barang.”
“Jadi penghantar makanan ini hanya sekadar suka-suka. Kerja sendiri depan komputer dan hasilkan ‘storyline’ ini macam bosan dan adakalanya memilih untuk ambil cuti sendiri.”
“Hantar barang ini dapat jumpa dan berborak dengan orang. Selepas berbual dan rasa lega, saya baliklah rumah sambung kerja.”
Katanya lagi, Shila memberikan sokongan penuh dengan apa sahaja yang dia lakukan bahkan Ubai sudah lali dengan tanggapan masyarakat yang berpendapat bahawa golongn selebriti tidak sesuai melakukan kerja tersebut.

“Dia beritahu asalkan saya gembira, dia okey saja. Konsep kami sama, saya gembira — dia pun gembira.
“Sebab dalam stigma masyarakat mungkin ada pemikiran individu bergelar artis atau dikenali dalam televisyen atau media sosial perlu jaga standard.”
“Macam saya, dibesarkan dalam sebuah keluarga yang normal dan sederhana. Jadi, selagi rezeki itu halal, tidak buat salah dan tidak kacau orang, saya okey saja.” jelasnya.
Dalam pada itu, dia juga turut meleraikan tanda tanya ramai mengenai wujud dakwaan dia tidak bekerja dan menumpang hasil kerja Shila demi kelangsungan hidup.”
“Sebenarnya benda ini sejak sebelum kahwin lagi, orang kata saya tumpang Shila dan kerja apa. Hakikatnya saya mula dengan dunia digital, beberapa stesen televisyen, aktif dalam media sosial sebelum mulakan produksi sendiri.”
“Mungkin yang bertanya sebelum ini tak biasa dan kurang faham mengenai kerja ‘freelance’.”
“Sebab itu dia orang tanya saya kerja apa sebab nampak beli macam-macam benda.”
Sebelum ini, Shila Amzah pernah menyatakan yang dirinya tidak kisah apabila Ubai melakukan kerja sampingan lain seperti servis penghantaran jika mempunyai waktu terluang.
Sumber : Kosmo!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



