“Baru Selesai Rekodkan Persetujuan Idah Dan Nafkah Anak” – Fazura Fail Kes Hadanah Terhadap Fattah Amin

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 4:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Nur Fazura telah selesai memfailkan persetujuan berkaitan nafkah berkaitan dengan anak perempuan mereka yang telah dipersetujui bersama bekas suaminya, Fattah Amin.

Peguam syarie yang mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memberitahu proses berkenaan dilakukan pada Isnin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Baru selesai rekodkan persetujuan berkaitan dengan idah dan nafkah anak.

image is not available

Rekod tersebut adalah seperti yang telah dipersetujui oleh mereka berdua dalam proses penceraian sebelum ini.

Menurut Mstar, perbicaraan berkaitan dengan hal tersebut akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Peguam tersebut turut berkata kes hadanah telah difailkan terhadap Fattah Amin.

Tentang hadanah juga telah difailkan dan akan dibicarakan pada tarikh yang telah ditetapkan.

image is not available

Sebagai info tambahan, kes hadanah merujuk kepada kes penjagaan atau hak jagaan anak dalam konteks undang-undang keluarga Islam. Dalam kes penceraian atau perpisahan antara suami dan isteri, hadanah ini menentukan siapa yang akan mendapat hak penjagaan anak-anak, terutama anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian serta perlindungan.

Sekadar info, Fattah Amin dan Fazura telah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober yang lalu.

image is not available 4 days ago

“Saya Buat Kajian Punca Penceraian, Masalah Kewangan Punca Utama” - Nora Danish Nafi Ulas Topik Nafkah Untuk Perli Fattah Dan Fazura