Fazura Fail Tuntutan Hadanah Anak Terhadap Fattah

4 Nov 2024 • 10:17 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Hampir dua bulan bercerai, pelakon Nur Fazura dengan bekas suaminya, Fattah Amin selesai merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak perempuan mereka iaitu Nur Fatima Aisya yang dipersetujui bersama sebelum ini.

Peguam syarie mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, urusan tersebut dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada Isnin.

“Ya, urusan rekodkan persetujuan berkaitan idah dan nafkah anak selesai hari ini.

“Rekod tersebut adalah seperti yang telah dipersetujui oleh mereka berdua dalam proses perceraian pada Oktober lalu,” katanya.

Fazura juga difahamkan telah memfailkan tuntutan berhubung kes hadanah atau hak penjagaan anak terhadap Fattah.

Perbicaraan berkaitan tuntutan tersebut juga dijangka berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

“Tentang hadanah juga telah difailkan dan akan dibicarakan pada tarikh yang ditetapkan,” katanya lagi.

Terdahulu, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas aktres itu memfailkan perceraian pada 13 September lalu.

Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima, 4, yang kini berada di bawah jagaan Fazura.

Sumber: Kosmo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved