Baru Seminggu Kahwin, Mentua Ugut Anak Cari Orang Lain Kalau Isteri Tak Hamil Lagi Sebulan

Family & Parenting
29 Jun 2022 • 12:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Apa perasaan korang bila mentua ugut nak cari menantu lain lepas seminggu berkahwin? Mesti korang akan rasa tertekan dengan benda ni kan?

Itulah situasi yang berlaku ke atas seorang wanita di Indonesia yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya selama seminggu.

Baru seminggu mentua tanya dah hamil ke belum?

Menerusi hantaran dimuat naik igtainmenttt di Instagram, seorang wanita yang baru sahaja seminggu berkahwin meluahkan perasaannya selepas ibu mentuanya bertanya sudah hamil atau belum.

Wanita itu memaklumkan bahawa mentuanya meminta agar dia melakukan ujian pengesahan kehamilan hanya selepas seminggu dia berkahwin.

Saya baru seminggu berkahwin terus disuruh ambil ujian kehamilan oleh mentua. Dia bertanya kenapa belum mengandung lagi. Ini kerana dua isteri abang kepada suami saya belum mempunyai anak.

Bahkan, mentua beritahu jika saya gagal hamil dalam tempoh sebulan, suami saya disuruh kahwin lain. Saya tertekan kerana suami menurut permintaan mentua. 

Saya sayangkan suami, minta beri jalan penyelesaian.

Cari je suami baru

Perkongsian itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka bersimpati dengan keadaan yang dihadapi wanita itu.

image is not available

image is not available

image is not available

Macamni punya mentua pun ada, orang tu baru seminggu berkahwin.

Kredit: Instagram igtainmenttt

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media