Baru Seminggu Lapor Diri, TPR SPRM Ditahan Polis Berkaitan Kes Dadah

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 10:52 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru seminggu melapor diri bertugas ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan kes dadah.

Menurut laporan Harian Metro, dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan penahanan dilakukan di kediaman pegawai berkenaan semalam, sebelum pemeriksaan menemui bahan terlarang yang disyaki dadah.

image is not available

“SPRM akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan ini,” katanya.

Menurut SPRM, meskipun TPR berkenaan baharu sahaja menyertai suruhanjaya itu, pihaknya tetap memandang serius perkara tersebut dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa polis.

image is not available

Agensi berkenaan juga menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku, pelanggaran undang-undang mahupun perbuatan jenayah yang membabitkan pegawai atau kakitangannya.

“SPRM kekal komited memastikan integriti serta tatakelola organisasi sentiasa dijunjung tinggi demi menjaga kepercayaan masyarakat terhadap institusi ini,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved