“Baru tahu!” – Ini Penjelasan Kenapa Putera Mateen Sebut ‘Ringgit’ Ketika Lafaz Akad Nikah

Entertainment
12 Jan 2024 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Putera dari Brunei Darussalam yang terkenal dengan ketampanan serta personalitinya, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah selamat diijabkabul bersama pasangannya, Dayang Anisha Rosnah dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja, semalam.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, yang turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.

Dalam pada itu, video sedutan semasa Putera Mateen melafazkan akad nikah turut dikongsikan dalam media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi.

image is not available

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Putera Mateen yang mengenakan busana serba putih melafazkan akad nikah dalam bahasa Melayu.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila anak ke-10 kepada Sultan Hassanal Bolkiah ini menyebut ‘ringgit’ ketika lafaz nikah.

Ini disebabkan ramai yang menyangka negara Brunei menggunakan istilah dollar dalam mata wang mereka.

Berikutan itu, rakyat Brunei tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Kata seorang individu ini, Brunei menggunakan kedua-dua istilah iaitu ‘ringgit’ dalam bahasa Melayu manakala ‘dollar’ dalam bahasa Inggeris.

“Kami di Brunei guna ringgit dalam bahasa Melayu, dollar dalam bahasa Inggeris. Tapi kita selalu guna (sebut) satu ringgit sebab utamakan dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris baru kita guna ‘one dollar’ sebagai bahasa kedua,” katanya.

image is not available

image is not available

Untuk pengetahuan korang, walaupun Brunei menggunakan ringgit, tapi nilai mata wang mereka sama dengan mata wang Singapura.

Dapat sesuatu?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.