Baru Tahu, Rupanya Ini Asal Usul Nama Genting Sempah

LocalTravel
13 Mar 2025 • 9:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Baru Tahu, Rupanya Ini Asal Usul Nama Genting Sempah

Setiap kali menggunakan jalan raya, tentu ada perasan terdapat papan tanda di sepanjang jalan termasuklah papan tanda nama lokasi atau perkampungan di mana anda berada.

Dalam kebanyakan nama yang terpapar di papan tanda ini, tentunya ada nama-nama yang sangat unik sehingga membuatkan kita tertanya-tanya, kenapa namanya sebegitu rupa? Termasuklah nama lokasi yang satu ini, Genting Sempah

Pengguna jalan raya dari negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang pastinya cukup sinonim dengan kawasan ini, kerana kebanyakan pasti akan berhenti berehat seketika di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sebelum meneruskan perjalanan.

Tentu ramai yang sudah tidak sabar untuk mengetahui latar belakang nama kawasan ini.

Sehubungan itu, SK hari ini, akan berkongsikan asal usul nama Genting Sempah di bawah.

Rupanya ini asal usul nama Genting Sempah

image is not available
Gambar: Bernama

Sebenarnya, nama lokasi ini bukan sekadar nama, tetapi merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu Sempadan dan Pahang.

Perkataan Sempah diambil daripada awalan Sempadan ‘Sem’ manakala ‘Pah’ pula berasal dari awalan Pahang

Sekadar info, Genting Sempah ialah kawasan strategik yang berfungsi sebagai pintu masuk utama dari Selangor ke Pahang. Dengan jalan berbukit yang mencabar, ia sering digunakan sebagai laluan utama bagi mereka yang menuju ke pantai timur.

Selain dikenali sebagai tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan, Genting Sempah juga menawarkan udara sejuk dan pemandangan hutan yang menghijau.

Jadi, setiap kali anda melewati kawasan ini, ingatlah kisah di sebalik namanya. Mungkin ia boleh menjadi topik perbualan menarik sepanjang perjalanan anda.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1042905897861286&id=100064256576398&rdid=lZjWmgToTLmoXFFo#