Bas Bawa 44 Penumpang Dilapor Terbakar Di Plaza Tol UPM

22 Jan 2023 • 11:52 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bas Bawa 44 Penumpang Dilapor Terbakar Di Plaza Tol UPM

SERDANG — Sebuah bas ekpress yang membawa 44 penumpang dilaporkan terbakar dalam satu kejadian di Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM) pada pagi Ahad.

Memetik Astro Awani, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata pada 6.19 pagi, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.

“Sebuah bas persiaran dari Johor Bharu menghala ke Kuala Lumpur mengalami kebakaran 100 peratus.

“Bagaimanapun, seramai 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri,” maklum Hafisham dalam satu kenyataan.

image is not available
Gambar: Astro Awani via JPBM Selangor

Tambahnya lagi, bumbung pondok tol berkenaan turut dilaporkan terbakar 10 peratus dalam insiden itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya lagi.

Sumber: Astro Awani