Bas Persiaran Terbakar, Plaza Tol UPM Ditutup Sementara

22 Jan 2023 • 11:51 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM) terpaksa ditutup sementara waktu susulan kebakaran melibatkan sebuah bas pesiaran di tol berkenaan, awal pagi ini.

SERDANG - Sebuah bas persiaran terbakar di Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini awal pagi tadi, menyebabkan ia terpaksa ditutup buat sementara. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 6.19 pagi tadi.

Menurut beliau, kesemua 45 penumpang termasuk pemandu bas bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bas persiaran terbabit sedang dalam perjalanan dari Johor Bharu menghala ke Kuala Lumpur dan terbakar sepenuhnya.

“Kebakaran turut memusnahkan 10 peratus daripada bumbung pondok tol tersebut,” katanya hari ini.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, plaza tol berkenaan terpaksa ditutup buat sementara susulan insiden.

Katanya, penutupan itu bagi membolehkan PLUS melakukan pemeriksaan lanjut demi keselamatan semua pengguna.

“Serentak dengan penutupan, pengguna yang menuju ke selatan dari Sungai Besi atau Kuala Lumpur dinasihatkan menggunakan Plaza Tol Kajang.

“Pemandu dari Bangi, Nilai atau ke utara pula boleh menggunakan plaza tol Kajang atau Sungai Besi sebagai laluan alternatif,” katanya. - Getaran, 22 Januari 2023




 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved