Bas Disyaki Jadi Lokasi Khalwat! Duda Dan Janda Dicekup JAIM

Local
31 May 2026 • 6:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki berstatus duda yang bekerja sebagai pemandu bas bersama seorang wanita bergelar janda ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di dalam sebuah bas yang diletakkan di sebuah stesen minyak di Jalan Hang Tuah, di sini, awal pagi semalam.

Khalwat dalam bas

Image from: Bas Disyaki Jadi Lokasi Khalwat! Duda Dan Janda Dicekup JAIM

Memetik laporan MalaysiaGazette, dalam serbuan kira-kira jam 1.50 pagi Sabtu itu, kedua-duanya yang masing-masing berusia 37 dan 46 tahun ditemui sedang tidur bersebelahan di atas kerusi dalam bas berkenaan.

Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, tindakan pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam, sebelum mendapati pasangan itu gagal mengemukakan bukti hubungan mahram atau suami isteri.

“Ketika ditahan, pasangan itu yang berasal dari Melaka memberi alasan berdua-duaan dalam bas dalam keadaan mencurigakan untuk berehat selepas keluar makan bersama sebelum tertidur.
“Kedua-duanya gagal membuktikan mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan telah dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi serta siasatan lanjut,” katanya, hari ini.

Image from: Bas Disyaki Jadi Lokasi Khalwat! Duda Dan Janda Dicekup JAIM

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat.

Artikel lain:Tunang Terjah Depan Pintu, Lelaki Didakwa Berkhalwat Dalam Rumah Staf Wanita

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan yang dijalankan bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai usaha mendidik masyarakat supaya mematuhi tuntutan agama serta mengelakkan perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah.

“JAIM sentiasa menasihatkan orang ramai agar menjaga batas pergaulan serta mengelakkan hubungan serta keadaan yang boleh menimbulkan syak wasangka dan bertentangan dengan hukum syarak,” tambahnya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette (Reza A Hamid)

The post Bas Disyaki Jadi Lokasi Khalwat! Duda Dan Janda Dicekup JAIM appeared first on Borak Daily.

View Original Article