Bas Ekspres Bawa 30 Penumpang Dilapor Kemalangan

27 Dec 2025 • 11:10 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bas Ekspres Bawa 30 Penumpang Dilapor Kemalangan

Satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler dan sebuah bas ekspres dilaporkan berlaku di Kilometer 159 Jalan Kuantan–Johor Bahru, di atas Jambatan Endau, lewat malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu melibatkan lori treler jenis Sino Truck yang membawa muatan batang besi serta sebuah bas ekspres jenis Hino yang membawa 30 penumpang.

“Ketika kejadian, keadaan jalan dilaporkan lurus, dua lorong dua hala tanpa bahu jalan, cuaca baik serta permukaan jalan kering,” kata Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati lori treler berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menuju Johor Bahru. Manakala, bas ekspres bergerak dari Johor Bahru ke Kuantan sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan.

Setibanya di lokasi kejadian, salah satu kenderaan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan dari arah berlawanan.

Tiada kecederaan dilaporkan

Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan pada bahagian hadapan. Namun, semua pemandu dan penumpang dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes diklasifikasikan di bawah peruntukan undang-undang jalan raya yang berkaitan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, terutamanya ketika melalui laluan jambatan dan jalan persekutuan pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

BACA: Dua Maut, Empat Cedera Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Lebuhraya Senai-Desaru

Sumber: Polis Daerah Rompin

The post Bas Ekspres Bawa 30 Penumpang Dilapor Kemalangan appeared first on Siakap Keli.