Bas ekspres langgar penghadang tol, empat penumpang cedera

20 Jun 2022 • 8:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 20 JUN: Sebuah bas ekspres terbabas lalu merempuh penghadang tol di susur keluar Plaza Tol Ipoh Utara, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini petang ini, mengakibatkan empat penumpang mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 3.08 petang.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa bas yang dalam perjalanan dari arah utara itu menuju susur keluar untuk ke Terminal Amanjaya di Meru Raya, dan semasa kejadian ia membawa 16 penumpang.

“Penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya operasi tamat pada jam 4.18 petang dan bomba melakukan pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan semua berada dalam keadaan yang selamat.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved