
ALOR GAJAH: Seorang pemandu bas ekspres maut, manakala tujuh penumpang cedera selepas bas itu melanggar belakang sebuah treler di KM220.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara awal pagi tadi.
Ketua Polis Alor Gajah Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, pemandu bas ekspres Zulkarnain Jalil, 41, yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan,.
Pemandu treler terlibat bagaimanapun tidak mengalami kecederaan, tambahnya.
Beliau berkata, daripada tujuh penumpang yang cedera berusia antara 20 hingga 50 tahun itu, dua dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, manakala lima orang dibawa ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Hasil siasatan awal mendapati treler terbabit dalam perjalanan dari Kota Tinggi, Johor ke Senawang, Seremban, manakala bas ekspres pula dalam perjalanan dari Stesen Bas Larkin, Johor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur dengan membawa 30 penumpang.
“Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas ekspres berkenaan melanggar belakang treler terbabit yang dipandu di lorong kanan,” katanya.
Arshad berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat, manakala penumpang bas yang tidak mengalami kecederaan meneruskan perjalanan ke TBS menaiki bas gantian yang disediakan syarikat bas ekspres terlibat.
Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
