Bas ekspres terbakar di Lebuhraya KL-Karak, 42 penumpang selamat

16 Jul 2023 • 6:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUANTAN, 16 JULAI: Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.15 malam sebelum dua jentera bersama lapan pegawai serta dua anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bentong digegaskan ke lokasi kejadian.

Katanya bas itu dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan dan kebakaran dipercayai bermula dari bahagian enjin kenderaan itu.

“Bas berkenaan musnah sepenuhnya, bagaimanapun, dua pemandu dan 42 penumpang berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi yang turut dibantu enam anggota Pasukan Bomba Sukarela Janda Baik itu tamat pada 12.40 tengah malam.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved