Bas IPT, SBP Juga Akan Diwajibkan Guna Tali Pinggang Keledar?

21 Jul 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal memperketat penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas milik institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh seluruh negara. Langkah ini diambil bagi memastikan aspek keselamatan pelajar dan penumpang terus terjaga di bawah kawal selia institut pendidikan.

Pemeriksaan Bersasar Setiap Institusi Bermula Ogos

image is not available

Sebelum ini penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar ditumpukan kepada bas ekspres dan persiaran.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, pihaknya akan menggerakkan pasukan teknikal dan penguatkuasaan ke institusi-institusi bermula Ogos ini.

Kerjasama dengan IPT dan sekolah berasrama tersebut bertujuan untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap bas institusi masing-masing dan memastikan tahap penyelenggaraan serta pematuhan spesifikasi keselamatan sentiasa dipatuhi.

image is not available

"Boleh dikatakan semua IPT ini dan sekolah berasrama penuh mempunyai bas sendiri ... kita ingin pastikan bas yang diselenggara oleh pihak IPT dan institut pendidikan ini mematuhi spesifikasi dan pemandunya juga mematuhi peraturan yang ditetapkan," jelasnya.

Pemeriksaan Dilaksanakan Secara Berperingkat

Tambah Datuk Aedy, proses pemeriksaan dan penguatkuasaan ini akan dilaksanakan berperingkat, mengambil kira kekangan kapasiti tenaga kerja JPJ di seluruh negara.

Sumber: Astro Awani