Bas Langgar Penghadang Di Nilai, Lebih 20 Penumpang Cedera

5 Jul 2025 • 10:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekurang-kurangnya 20 orang cedera selepas sebuah bas ekspres yang dipercayai dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan melanggar penghadang laluan kenderaan berat berhampiran sempadan Nilai dan Bukit Mahkota pada malam Jumaat.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 10.30 malam.

image is not available

Beliau memaklumkan bahawa daripada jumlah mangsa yang cedera, 19 adalah warganegara manakala seorang lagi merupakan warga asing.

Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan. Jumlah sebenar penumpang yang berada dalam bas ekspres tersebut masih belum dapat disahkan.

Tambah jurucakap itu lagi, anggota bomba dari BBP Nilai dan Bangi telah dikerahkan ke lokasi dan punca kejadian masih dalam siasatan. – Astro Awani

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Pertama Di Malaysia, Surau R&R Seremban Dibenarkan Laksana Solat Jumaat