BAS.MY Kuching Kini Beroperasi di Batu Kawa

30 May 2025 • 2:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Batu Kawa Kini Lebih Mudah Diakses Menerusi Laluan Baharu BAS.MY

BAS.MY Kuching Kini Beroperasi di Batu Kawa. Korang tinggal di Batu Kawa dan selalu pening kepala sebab bas lambat atau tak cukup? Good news, geng! Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak dengar rintihan korang dan kini, enam buah bas baharu dari BAS.MY Kuching dah mula beroperasi di kawasan ni. Jom tengok apa yang menarik sangat pasal laluan baru ni.

Kalau korang tinggal atau selalu lalu di Batu Kawa, korang akan nampak bas ni bergerak ke lokasi-lokasi yang memang strategik:

image is not available
BAS.MY Kuching Kini Beroperasi di Batu Kawa

Kawasan Perumahan

  • Everbright Park, Taman Kwong Thiong, Taman Boulder Built
  • Tematu Hill, Taman Chungnion Villa, Jalan Field Force
  • Taman Desa Wira dan RPR Batu Kawa

Sekolah

  • SJK Chung Hua No. 4, SM Sunny Hill
  • SJK Chung Hua Batu Kawa dan SJK Chung Hua Stapok

Kawasan Komersial

  • Emart Batu Kawa, MJC Batu Kawa, Pines Square
  • Pasar 3 Mile, Pusat Komersial 3 Mile & Batu Kawa Commercial Centre

Hospital

  • Pusat Perubatan Timberland dan Hospital Umum Sarawak

Jadual & Waktu Puncak — Tak Payah Tunggu Lama Dah!

Bas pertama akan bergerak seawal 5.30 pagi dari SJK Chung Hua Batu Kawa, manakala dari Saujana pula bermula 6.30 pagi. Last trip? 7.30 malam.

Waktu puncak pulak? LPKP dah set dari 6.30 pagi hingga 8.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam. Nak elak ramai orang stuck menunggu lama, bas akan datang setiap 30 minit pada waktu-waktu ni. Best, kan?

Apa Kata Pengerusi CVLB, Michael Kong?

“Sejak laluan pertama BAS.MY Kuching dilancarkan, sambutan memang padu. Ramai minta laluan ke Batu Kawa, dan sekarang kita tunaikan permintaan tu,” ujarnya, menurut laporan media tempatan.

Beliau juga tekankan bahawa servis ni bukan sekadar nak mudahkan rakyat, tapi juga sebagai alternatif kepada kereta peribadi. Kurang jem, kurang pencemaran, lebih jimat!

Ajak Semua Try Naik

Michael Kong juga menyeru semua penduduk Batu Kawa supaya cuba perkhidmatan ni dan amalkan gaya hidup mesra alam serta lebih mampan.

“Kami akan terus dengar maklum balas orang ramai dan tambah baik perkhidmatan demi Kuching yang lebih moden dan mesra rakyat.”

Untuk Siapa Laluan Ni?

Kalau korang tinggal di Moyan, Malihah, atau Sejijak, atau ada urusan kat kawasan sekitar Batu Kawa, perkhidmatan ni memang sangat membantu. Tinggal tunggu je, bas akan sampai — tak perlu bersesak dan risau cari parking.

BAS.MY Kuching bukan je tambah laluan, tapi bawa harapan untuk kehidupan bandar yang lebih tenang dan lestari. So, next time nak keluar? Tinggal kereta kat rumah dan naik bas je lah.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan BAS.MY di Sarawak: