Bas Nahas UPSI Tiada Tali Pinggang Keledar? Anthony Loke Dedah Umur Sebenar Bas!

LocalPolitics
11 Jun 2025 • 10:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia anthony loke menteripengangkutan renajatan elektrik bas

Lepas tragedi membabitkan 42 penuntut UPSI di Gerik, banyak persoalan timbul pasal ciri keselamatan dalam bas ekspres.

Rupa-rupanya, bas terbabit dikeluarkan pada tahun 2013, iaitu tujuh tahun sebelum pemasangan tali pinggang keledar bas diwajibkan. perkara ini didedahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Bas berkenaan dibina pada tahun 2013, jadi ia berusia 12 tahun dan tidak mempunyai tali pinggang keledar.– Anthony Loke

Anthony Loke kaji pasang kamera & pengehad kelajuan kenderaan berat…

image is not available

Anthony Loke turut pertimbang penggunaan teknologi keselamatan seperti kamera video dan pengehad kelajuan untuk bas serta lori.

Tapi ada masalah lain pula…

Peranti itu sering diubah suai sehingga tidak lagi berfungsi untuk mengawal kelajuan.

Paling mengejutkan, ada pemandu bas dan lori yang sanggup ubah suai pengehad kelajuan demi lepas ujian Puspakom dan bawa kenderaan dengan lebih laju!

Perlu cari cara untuk tangani manipulasi syarikat bas…

image is not available

Kita perlu lihat bagaimana untuk mengelakkan peranti ini daripada diubah suai dengan memperkenalkan undang-undang yang lebih ketat.

Sebagai info, kemalangan itu berlaku awal pagi Isnin lalu di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik. Bas yang bawa pelajar UPSI dari Jertih ke Tanjung Malim merempuh sebuah Perodua Alza yang berada di laluan sama.

Pssttt! Setiap kali berlaku kemalangan, baru kita sibuk bincang soal keselamatan. Realitinya, ramai masih abaikan aspek ini sebab nak kejar masa dan untung. Bas lama atau baru, nyawa tetap nombor satu. Semoga tragedi ini jadi titik tolak untuk kerajaan benar-benar perketat penguatkuasaan. Jangan tunggu ada korban baru bertindak.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.