Pinjaman PTPTN 13 Mangsa Tragedi Bas UPSI Dilunaskan, Waris Terima Khairat Kematian

LocalPersonal Finance
11 Jun 2025 • 6:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ptptn

Di sebalik duka tragedi nahas bas ekspres yang mengorbankan 15 pelajar UPSI di Gerik tempoh hari, hadir sedikit kelegaan buat keluarga mangsa apabila diumumkan bahawa 13 daripada pelajar terlibat adalah peminjam PTPTN dan telah menerima manfaat penuh daripada skim perlindungan takaful.

Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerusi Facebook rasmi beliau.

Penyelesaian penuh hutang PTPTN

Menurutnya, semua pinjaman pendidikan PTPTN yang ditinggalkan oleh 13 pelajar ini telah diselesaikan sepenuhnya melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok pinjaman PTPTN.

Waris terima RM1,500 seorang sebagai khairat kematian

image is not available
Foto: Malaysia Gazette

Lebih menyentuh hati, keluarga kepada 13 pelajar ini turut menerima bayaran khairat kematian sebanyak RM1,500 seorang sebagai sedikit sumbangan meringankan beban mereka yang sedang berkabung.

Kesemua 13 pelajar tersebut mendapat manfaat penyelesaian keseluruhan hutang pinjaman mereka… Selain itu, kesemua 13 waris ini juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM1,500.00 bagi setiap pelajar.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dan lega apabila urusan hutang pendidikan mangsa tidak membebankan waris, bahkan diselesaikan secara baik dan profesional.

Pssttt! Alhamdulilah, bagi yang masih belum tahu, setiap peminjam PTPTN sebenarnya dilindungi oleh skim takaful. Ia menjadi bukti bahawa pinjaman pendidikan bukan sekadar soal bayaran, tetapi turut menjaga kebajikan peminjam dan keluarga mereka.

Kredit: Facebook Zambry Abd. Kadir
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.