
Kemudahan pengangkutan awam telah banyak memudahkan perjalanan dan urusan masyarakat di negara ini untuk menuju ke sesuatu destinasi.
Bukan hanya itu, memandangkan pengangkutan awam seperti bas, komuter, LRT dan juga MRT ini sering menjadi pilihan orang ramai ada segelintir penumpang pula akan membawa kereta dan memakirnya di kawasan berdekatan sebelum menaiki kenderaan terbabit.
Hal ini adalah normal dan sering dilakukan terutama bagi mereka yang bekerja di kawasan yang sesak. Namun ia menjadi satu masalah kepada pengguna lain apabila kenderaan itu tidak diletakkan di kawasan parkir yang sepatutnya.
Bas tersekat gara-gara kenderaan parkir di bahu jalan
Baru-baru ini, tular satu video di Twitter dikongsikan oleh @twt_cyberjaya yang memaparkan keadaan sebuah bas perantara tersekat di stesen MRT Cyberjaya City Centre disebabkan kenderaan yang dipakir di kiri dan kanan bahu jalan.
Menerusi video tersebut, si perakam menunjukkan ruang laluan jalan raya yang sempit gara-gara parkir haram tersebut hingga ia tidak dapat dilalui oleh sebuah bas perantara MRT.
Malah individu itu turut menunjukkan jarak antara bas dan kenderaan di bahagian kiri dan kanan yang begitu rapat dan kecil.
Sekiranya bas tersebut masih berjalan ia mungkin boleh menyebabkan kenderaan di dua belah bahagian bergeser dengan teruk.
Luah rasa geram dengan tindakan pemandu
Orang parking kiri kanan jalan dekat MRT Cyberjaya City Centre. Tak pasal-pasal bas perantara MRT ni sangkut, lepas tu bas lambat dari schedule. 😰😠 pic.twitter.com/xizxKSSMfO
Perakam itu dalam masa sama turut meluahkan rasa geramnya dan mendakwa ada kotak parkir yang disediakan namun ramai yang memilih untuk meletakkan kenderaan di sepanjang jalan tersebut.
“Habis sangkut semua parkir tepi jalan ni bersepah, haa sampai depan tu.
“Kotak parkir ada tapi hmm tak ada otak, tak nak keluar duit,” ujarnya sambil menunjukkan papan tanda penunjuk arah ke kawasan parkir.
Walau bagaimanapun, dalam satu lagi ciapan mendakwa bahawa kawasan MRT tersebut tidak mempunyai kawasan parkir dan perlu menaiki bas perantara MRT, e-hailing atau berjalan kaki untuk ke stesen tersebut.
Stesen MRT Cyberjaya City Centre ni takde langsung kawasan parking ya. Either kena naik bas perantara MRT, grab atau jalan kaki. 🫣 https://t.co/e8L5zbh870
Melihat di ruangan balas, ramai yang tidak bersetuju dengan sikap segelintir pemandu yang mengambil jalan mudah dengan memarkir kenderaan mereka di bahu jalan.
Ni gambar tapi tak tahu bila diambil. Banyak aje parking kosong tapi parking tepi jalan juga sebab tak nak bayar RM4. Lagi satu kalau parking dah penuh tu, gunalah feeder bas ke stesen pic.twitter.com/vPNIQNHyce
Buat la parking lagu mana pun tepi jalan jugak dia nak parking. Kalau boleh depan tren tu dia nak park sebab malas berjalan.
Dua2 kete tak parking tepi betul2. Adehhh. Kot ye pun nk parking tepi jalan, make sure tayar tu betul2 lekat kat tepi tu
Sagat je bang. Amik no plate kereta. Lepas tu buat claim kat insurans kereta. Buat report polis dulu
Boleh tak siapa-siapa yang ada knowledge share kat aku kenapa kerajaan buat parking landed instead of high rise car park macam dekat shopping mall tu? Lets say landed boleh occupied max 300, kalau high rise boleh double or triple kan? Or is it all about budget allocation
Buat Stesen tapi tak buat parking bay so mana nak park kalau demand for that area is too high but no space




