Suka Hati ‘Parking’ Kereta Kat Bahu Jalan, Bas MRT Tersangkut Sampai ‘Schedule Delay’

Entertainment
13 Apr 2023 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter yang menunjukkan sebuah bas pengantara MRT yang tersangkut pada waktu kemuncak di Stesen MRT Cyberjaya City Centre.

Menerusi video berdurasi 49 saat itu, dapat dilihat dua buah bas pengantara itu tersangkut gara-gara laluan berkenaan dihalang oleh kenderaan yang diparkir di bahu jalan tersebut.

Selain itu, boleh didengari juga individu yang merakam itu mengadu rasa kesal dan bengang dengan sikap segelintir masyarakat yang pentingkan diri sendiri.

“Kereta-kereta tak ada otak, ni bukan tempat parking eh. Habis semua sangkut bas nak lalu pun tak boleh. Ikutkan hati nak suruh bas sodok je. Orang lain pun nak balik ni,” katanya.

Difahamkan, situasi tersebut disebabkan kenderaan yang diparkir sesuka hati pada bahu jalan di kedua-dua bahagian sisi jalan.

image is not available

Ini menyebabkan laluan tersebut menjadi sempit hingga menyebabkan pemandu bas tersebut terpaksa lebih berhati-hati dalam mengemudi bas yang dipandunya sampaikan mengganggu jadual perjalanan bas berkenaan.

Menurut pengguna Twitter lain, mungkin pemilik kenderaan yang parkir di luar kawasan parkir itu ingin mengelak daripada membayar bayaran yang ditetapkan ataupun ruang parkir sudah penuh.

Sekadar maklumat tambahan, stesen MRT berkenaan memiliki 228 unit tempat letak kereta sera 50 unit tempat letak motosikal.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan agar Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Sepang agar mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang terlibat.

image is not available

Kalau nak parking tu patutnya fikir la juga orang sekeliling…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.