Basikal Dibaling dari Tingkat 12, Wanita Cedera Di Kepala Terpaksa Terima Jahitan

26 Mar 2025 • 12:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Basikal Dibaling

Seorang wanita cedera di kepala selepas dihempap sebuah basikal dibaling dari tingkat 12 bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu, petang semalam.

image is not available

Basikal dibaling kena kepala wanita mahu buang sampah

Memetik laporan dari Berita Harian, mangsa, Azuraini Yazid, 43, yang bekerja sebagai pembantu TABIKA Kemas di Pasir Panjang sedang dalam perjalanan membuang sampah sekitar jam 4 petang sebelum tiba-tiba rebah selepas dihempap basikal berkenaan.

Menurut suaminya, Jusri Ibrahim, 48, yang juga pemandu di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), isterinya tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Isteri dikejarkan ke unit kecemasan HSNZ dan menerima lima jahitan di kepala. Keadaannya kini stabil,” katanya.

image is not available

Pemilik basikal dibaling dakwa orang lain yang buang ke bawah

Jusri juga telah bertemu dengan pemilik basikal, namun individu berkenaan mendakwa basikal anaknya yang berada di luar rumah telah dibuang oleh orang lain.

Susulan daripada itu, Jusri memaklumkan bahawa laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian tersebut.

image is not available

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan seorang penghuni kediaman telah dipanggil untuk dirakam percakapan dan mengaku basikal itu miliknya, namun menafikan terlibat dalam kejadian tersebut.

Sekatat ini siasatan masih lagi dijalankan dan mangsa dilaporkan stabil serta sudah dibenarkan pulang ke kediamannya.

Sumber: Berita Harian (Baharom Bakar)