“Basuh Bersih-Bersih, Tak Basuh Pun Takpe I Suka” – Dialog ‘Double Meaning’ Zamarul Hisham Bikin Netizen Loya

20 Oct 2022 • 11:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Drama Tiada Maaf Buatmu yang baru sahaja ditayangkan sebulan di Astro menjadi bualan ramai netizen menerusi satu babak melibatkan pelakon, Zamarul Hisham dan aktres, Zahirah Macwilson.

Mana tidaknya, dialog dilontarkan Zamarul yang memegang watak sebagai Datuk Mazlan dianggap sebagai ‘double meaning’ dan meloyakan.

Babak yang dikongsi Zahirah Macwilson menerusi hantaran di Instagramnya itu menunjukkan Datuk Mazlan (Zamarul Hisham) sedang membuka ikatan Aina Cempaka (Zahirah Macwilson) yang ingin ke tandas.

Alahai putihnya kaki, merah buku lali ni, tumit. Okay I buka. Kaki pun wangi ni haa, ni bidadari ke apa ni?

Ni toilet, jangan lama-lama okay? Pergi basuh bersih-bersih okay, tak basuh pun tak apa I suka.

Video tersebut mendapat respon daripada netizen yang rata-ratanya geli dengan dialog yang dilontarkan Zamarul namun, memuji kehebatannya melakonkan watak Datuk Mazlan tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Fuh makin berani betul drama zaman sekarang ni. Tapi apa-apa pun, menjadi watak Zamarul Hisham dalam drama ni.

Kredit: Instagram Zahirah Macwilson

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media