“Bat*k Likes Dengan View Ke Tu” – Ira Kazar Tegur Pengguna TikTok ‘Repost’ Masakannya

Entertainment
31 Jul 2023 • 4:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isteri kepada pengarah sensasi, Ira Kazar diketahui gemar berkongsi hasil masakannya di Instagram Story. Terbaru, wanita berumur 27 tahun ini menarik perhatian ramai apabila menghasilkan menu barat iaitu creamy tuscan chicken untuk makan malam.

image is not available

image is not available

Namun, Ira nampaknya kurang senang apabila perkongsian yang dibuat dikongsi semula oleh pengguna aplikasi TikTok.

Di ruangan komen, isteri kepada Syamsul Yusof ini menganggap pemilik akaun tersebut sengaja mahu mengejar likes dan views yang banyak.

Ira juga mempersoalkan adakah pemilik akaun itu tak ada content sendiri untuk dikongsikan. Ira menasihatinya supaya tak lagi mengambil video perkongsiannya di Instagram.

Kredit: TikTok @norainibasre88 | Instagram Ira Kazar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.