Bata Rai 131 Tahun Global, 95 Tahun di Malaysia – Dari Langkah Pertama ke Masa Depan

LocalBusiness & Finance
30 Sep 2025 • 8:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Bata bukan lagi jenama asing untuk rakyat Malaysia. Dari kasut sekolah ke gaya kasual harian, jenama ini dah jadi sebahagian daripada hidup kita sejak sekian lama.

Namun siapa sangka Bata sebenarnya sudah lebih 95 tahun menapak di Malaysia. Bukan itu sahaja, empayar perniagaan kasut ini juga sudah 131 tahun mencipta nama di peringkat global.

Bermula di Zlín, Republik Czech, dengan visi Tomáš Baťa untuk menjadikan kasut berkualiti mampu milik, kini Bata berkembang ke lebih 56 negara. Di Malaysia, kisahnya lebih peribadi – 95 tahun menemani pelajar, keluarga, dan gaya harian kita.

Baru-baru ini, bersempena dengan hari pengasasnya, Bata telah mengadakan acara ulang tahun di butik flagship KLCC dengan tema “From First Steps to Forward Futures”. Lebih menarik iaturut diserikan dengan kehadiran Christine Bata dari keluarga pengasas, bersama tetamu industri dan media.

“The future wears Bata,” kata Rabi Hasnabi, Pengarah Urusan Bata Malaysia & Singapura.

image is not available

Rabi, yang berpengalaman luas dalam pasaran Eropah dan Asia, kini memacu misi untuk jadikan Bata sebagai jenama gaya hidup moden. Menurutnya, kekuatan Bata terletak pada keseimbangan – gaya dan inovasi, keselesaan teknologi, tapi tetap pada harga berpatutan.

Christine Bata pula mengingatkan bahawa setiap langkah ada ceritanya. Beliau turut berkongsi tentang Bata Shoe Museum di Toronto, muzium kasut terbesar dunia dengan hampir 15,000 artifak yang menjejaki 4,500 tahun sejarah. Selain warisan, Christine tekankan usaha tanggungjawab sosial melalui Bata Children’s Program (BCP), yang memberi peluang pendidikan dan kesejahteraan kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Bata juga terus menawan hati pengguna dengan menawarkan gaya yang membanggakan, keselesaan yang tahan lama, dan harga yang boleh dipercayai.

Antara koleksi terkini yang menonjol:

  • Victoria Ballerina (dari RM59.99) – ballerina paling selesa, ringkas dan mesra poket.
  • Men’s Moccasin (dari RM89.99) – gaya kasual refined dengan keselesaan harian.
  • Power Hotshots (RM119) – kemunculan semula ikon retro yang pernah dipakai Kurt Cobain, kini segar untuk generasi baru.
  • Power EasySlide (dari RM139) – teknologi slide-in, slide-out untuk keselesaan tanpa kompromi.

image is not available

image is not available

Pengiktirafan di “Putra Brand Awards” juga membuktikan Bata masih antara jenama paling dipercayai rakyat Malaysia.

Berpegang dengan semangat pengasasnya, Tomáš Baťa, yang pernah berseloroh mahu “menyediakan kasut untuk makhluk asing”, Bata terus berani berinovasi dan melangkah ke masa depan.

tanggungjawab sosial melalui Bata Children’s Program (BCP), yang memberi peluang pendidikan dan kesejahteraan kepada kanak-kanak di seluruh dunia.