“Batas kena jaga” – [VIDEO] Terlebih Teruja, Video Amir Masdi Peluk Ella Jadi Bualan Netizen

Entertainment
16 Jun 2023 • 3:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Ella bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan, terkenal dengan jolokan Ratu Rock Malaysia, penyanyi lejen itu baru-baru ini mengadakan konsert sempena 35 tahunnya dalam industri.

Walaupun konsert itu berlangsung dengan penuh gemilang, namun ada perkara yang tular membuatkan namanya menjadi bualan netizen.

Video yang dikongsikan oleh penyanyi muda, Amir Masdi yang terkenal dengan lagu Kau Sakiti dan juga juara Akademi Fantasia 2016 itu menjadi bualan ramai kerana Ella dilihat memeluk Amir Masdi selepas tamat konsertnya itu.

Perkongsian itu membuatkan ramai netizen yang merasakan ianya sesuatu yang kurang sopan dan tak sepatutnya dilakukan, lebih-lebih lagi ada suami Ella di sisinya.

Malah, ada netizen yang mengatakan reaksi suami Ella itu seperti terkejut dengan tindakan kedua-dua penyanyi itu.

image is not available

Pun begitu, ada yang mengatakan Amir dan Ella mempunyai pertalian darah namun setakat ini tiada pengesahan mengenai perkara itu.

Sebagai info, Amir Masdi pernah membuat cover lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian ratu rock itu dan mendapat review yang baik daripada Ella.

Hmm, terlebih excited kot…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.