BATC: Malaysia layak ke suku akhir

15 Feb 2024 • 9:44 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Skuad lelaki negara membenam Kazakhstan 5-0 untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024, di sini hari ini.

Selepas mengalahkan Brunei dengan keputusan sama dalam perlawanan pembukaan semalam, Malaysia sebagai juara bertahan meneruskan aksi hebat dalam Kumpulan B untuk memperoleh satu lagi kemenangan tanpa sebarang kekalahan di Pusat Konvensyen Setia City di sini.

Pemain perseorangan profesional lelaki, Lee Zii Jia, yang direhatkan semalam, menghadiahkan mata pertama apabila menewaskan Dmitriy Panarin 21-11, 21-10, manakala Leong Jun Hao menggandakan mata selepas mengalahkan Ibray Bayken 21-8, 21-11.

Pemain muda, Eogene Ewe, 19, kemudian mengesahkan mata kemenangan untuk Malaysia selepas menewaskan Makhsut Tajibullayev 21-7, 21-9.

Kemudian dalam acara beregu, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menewaskan Ratmir Gilmanov-Ibray Bayken 21-10, 21-9 manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengalahkan Khaitmurat Kulmatov-Makhsut Tajibullayev 21-6, 21-2 untuk melengkapkan kemenangan mutlak.

Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik direhatkan hari ini.

Selepas bermain perlawanan yang kelihatan seperti perlawanan pemanas badan menentang Brunei dan Kazakhstan, cabaran sebenar Malaysia menanti esok menentang Taiwan dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk menentukan juara kumpulan.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Taiwan menundukkan Brunei 5-0 selepas menewaskan Kazakhstan dengan keputusan yang sama semalam.

Undian untuk peringkat kalah mati akan diadakan malam esok selepas selesai semua perlawanan peringkat kumpulan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran minimum mara ke separuh akhir untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita dalam BATC kali ini, untuk memastikan tempat automatik dalam Final Piala Thomas dan Piala Uber, April ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved