Bateri 100MW atasi catuan bekalan elektrik di Sabah

20 Oct 2023 • 2:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bakal melaksanakan pemasangan sistem penyimpanan tenaga menerusi bateri berkapasiti 100 megawatt (MW) sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah catuan bekalan elektrik.

Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata perkara itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan ia penting sebagai langkah sandaran untuk menampung permintaan tinggi pada waktu puncak terutama pada musim cuaca panas dan ketika kegagalan sistem bekalan.

“Sabah adalah satu-satunya wilayah di Malaysia yang masih mengalami catuan bekalan elektrik. Keadaan ini berlaku kerana kapasiti penjanaan sedia ada yang rendah iaitu dengan reserve margin di bawah paras 12 peratus.

“SESB berharap Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) akan mempertimbangkan keputusan ST tersebut secara positif demi kebaikan dan kesejahteraan bersama,” katanya pada Khamis.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Reserve margin bermaksud stok tenaga elektrik untuk kegunaan semasa kecemasan terutama apabila berlakunya kegagalan sistem atau permintaan yang tinggi melebihi kebiasaan dalam kalangan pengguna elektrik.

Madius berkata SESB juga bercadang membina penjana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) berkapasiti 700MW sebagai langkah penyelesaian masalah catuan bekalan elektrik di Sabah secara tuntas.

“Sebagai makluman, penjanaan 700MW bekalan tenaga elektrik ini akan beroperasi menggunakan gas. Langkah ini adalah sangat penting untuk menstabilkan bekalan elektrik di Sabah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.