Bateri Terkini CATL Dicas Daripada 10% Ke 80% Dalam Masa Kurang 4 Minit

TechnologyCars
22 Apr 2026 • 1:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi bateri kereta elektrik (EV) maju selangkah lagi dengan pengenalan bateri LFP Shenxing generasi ketiga oleh CATL. Bateri ini boleh dicas sepenuhnya dalam masa kurang 7 minit. Matriks paling menarik ialah pengecasan daripada 10% ke 80% boleh dilakukan dalam masa 3 minit 44 saat sahaja.

Image from: Bateri Terkini CATL Dicas Daripada 10% Ke 80% Dalam Masa Kurang 4 Minit

Teknologi Geely Energee Golden Brick Battery yang melakukan pengecasan yang sama dalam masa 5 minit 32 saat. Prestasi pengecasan adalah seperti di bawah.

  • 10% → 35%: 1 minit
  • 10% → 80%: 3 minit 44 saat
  • 10% → 98%: 6 minit 27 saat
  • Pada -30°C → 98%: 9 minit

Untuk mencapai masa pengecasan yang pantas ini, CATL meningkatkan kecekapan sistem penyejukan sebanyak 20%. Pada waktu yang sama sistem pemanasan bateri juga lebih baik untuk pengecasan dalam suhu beku.

Menurut CATL lagi, tahap kesihatan bateri masih melebihi 90% selepas bateri menjalani 1000 kitaran pengecasan ultra pantas. Dengan pengenalan bateri Shenxing generasi terkini ini, CATL meningkatkan persaingan dengan BYD yang juga mempunyai teknologi bateri sendiri. Pada ketika ini CATL memegang 48.3% pasaran bateri EV dunia jauh meninggalkan BYD di tangga kedua dengan 17% pasaran.