Bateriku lebar sayap ke Langkawi

LocalBusiness & Finance
18 Nov 2026 • 4:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bateriku lebar sayap ke Langkawi

PETALING JAYA – Bateriku merasmikan cawangan baharu mereka, Pitstop Cenang di Langkawi, sekali gus memperluas perkhidmatan penjualan bateri dan bantuan tepi jalan ke seluruh kawasan penduduk pulau peranginan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Azarol Faizi Ansari Zakaria berkata, pembukaan itu dilihat tepat pada masanya apabila pulau lagenda tersebut terus mencatat pertumbuhan dan menarik kehadiran pelancong daripada pelbagai segmen.

“Langkawi terus berkembang bukan sahaja dari segi jumlah pelawat, tetapi juga dari segi kepelbagaian pengalaman pelancongan dan acara antarabangsa yang ditawarkan.

“Apabila semakin ramai orang meneroka pulau ini, mobiliti yang boleh dipercayai menjadi sebahagian penting dalam memastikan perjalanan mereka lebih lancar dan memberikan ketenangan fikiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, majlis memotong riben tanda bermulanya operasi Bateriku Cenang Pitstop telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Langkawi, Nasrun Mohd. Sheriff bersama-sama dengan warga kerja Bateriku pada 12 November lalu.

Azarol Faizi berkata, Pitstop Cenang Bateriku yang terletak di Park N Ride Cenang menyediakan akses lebih dekat kepada perkhidmatan bantuan tepi jalan di salah satu kawasan tumpuan pelancongan utama Langkawi.

Katanya lagi, ia beroperasi setiap hari bermula dari pukul 7 pagi hingga pukul 11.59 malam, menawarkan perkhidmatan seperti penggantian bateri dan jump-start, tunda kenderaan, penghantaran minyak kecemasan, bantuan tayar pancit, perkhidmatan tukang kunci serta sokongan bengkel.

“Pelanggan turut menikmati penghantaran dan pemasangan bateri secara percuma, manakala bateri Bateriku dilindungi dengan waranti seluruh negara sehingga 18 bulan.

“Pembukaan Bateriku Cenang Pitstop ini meneruskan usaha Bateriku dalam menyokong mobiliti dalam ekosistem pelancongan Malaysia, termasuk kerjasamanya bersama Tourism Selangor sebagai rakan rasmi bantuan kerosakan kenderaan bagi Visit Selangor 2026,” katanya.

Beliau menambah, untuk tahun 2026, pihak Lembaga Pembangunan Langkawi telah menetapkan sasaran sebanyak 3.65 juta pelawat tahun ini bagi memperkukuh kedudukannya sebagai antara destinasi pelancongan utama Malaysia, sekaligus membuka ruang pasaran luas untuk produk Bateriku. – KOSMO! ONLINE

 

The post Bateriku lebar sayap ke Langkawi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved