Batik Air gantung operasi ke Istanbul berkuat kuasa 1 Mei

19 Apr 2024 • 5:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Batik Air akan menggantung operasinya ke Istanbul, Turkiye, berkuat kuasa 1 Mei, 2024, dan bagi penumpang yang terjejas akan dimaklumkan melalui e-mel dan teks, kata pengendali syarikat penerbangan itu, Malindo Airways Sdn Bhd.

“Keputusan ini dibuat sebagai tindak balas kepada situasi di Timur Tengah baru-baru ini, yang telah memberi kesan ketara kepada laluan kami, membawa kepada sekatan operasi yang menjadikannya mencabar untuk meneruskan penerbangan ke rantau berkenaan.

“Oleh itu, Batik Air telah mengambil langkah sukar tetapi perlu bagi menggantung operasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW),“ kata Malindo Airways dalam satu kenyataan hari ini.

Malindo Airways menekankan bahawa keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal tetap menjadi keutamaannya, dan keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti terhadap situasi semasa.

“Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul disebabkan daripada penggantungan ini kepada penumpang kami yang dihargai, dan kami memohon maaf yang amat sangat di atas sebarang gangguan yang mungkin berlaku kepada perjalanan mereka.

“Penumpang yang terjejas akan dimaklumkan melalui e-mel dan teks. Bagi merea yang ingin meminta bayaran balik, boleh lawati ww.malindoair.com/Refund-Request ,“ katanya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved