Batuk Tak Berhenti? Ini 9 Makanan Yang Perlu Dielakkan

Health & FitnessFood
2 Apr 2026 • 12:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Batuk Tak Berhenti? Ini 9 Makanan Yang Perlu Dielakkan

Cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini sememangnya menjejaskan kesihatan kita. Tambahan lagi, ia juga menyebabkan kita mudah terdedah dengan pelbagai penyakit seperti batuk.

Lebih teruk, kadang-kadang masalah ini mengambil masa yang lama untuk betul-betul sembuh dan ia sekali gus menyebabkan rutin harian terganggu.

Jadi, sekiranya anda ada tanda-tanda batuk yang teruk, anda sewajarnya tahu apa penyebab utamanya dan cara mudah untuk atasinya dari terus menjadi parah.

Jadi, untuk mendapatkan maklumat lanjut, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

Batuk menganggu rutin harian anda

Meskipun ia mungkin tampak biasa, namun batuk boleh menjadi sangat mengganggu dan menyakitkan. Salah satu cara untuk mempercepatkan pemulihan batuk adalah dengan memilih makanan dam minuman yang sesuai.

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis minuman dan makanan yang perlu dielakkan ketika batuk.

9 jenis makanan yang perlu dielakkan ketika batuk

Makanan-makanan di bawah ini bukanlah penyebab atau punca masalah ini.

Namun, ia boleh membuatkan keadaan batuk yang dialami menjadi lebih parah atau tidak sembuh-sembuh.

Makanan yang perlu dielakkan semasa batuk termasuklah:

1. Makanan pedas

Makanan pedas seperti cili atau rempah-rempah tertentu boleh menyebabkan iritasi pada tekak, lalu mengakibatkan rasa terbakar dan gatal.

Makanan yang perlu dielakkan semasa batuk ini juga boleh memicu lebih banyak kejadian batuk.

Selain itu, makanan pedas juga boleh meningkatkan asid dalam perut, yang boleh menyebabkan keadaan refluks asid dan batuk kering.

2. Susu atau produk tenusu

image is not available
Gambar: ImageFX

Walaupun susu adalah minuman yang menyegarkan dan berkhasiat, namun ia boleh meningkatkan produksi lendir dalam badan.

Lendir tambahan ini boleh menyebabkan tekak menjadi lebih gatal lalu memicu batuk.

Produk tenusu lain juga boleh menyebabkan kesan yang sama pada tekak anda, contohnya:

  • keju

  • yogurt

3. Makanan bergoreng

image is not available
Gambar: ImageFX

Makanan yang digoreng seperti kentang goreng atau ayam goreng amat tinggi dengan kandungan lemak.

Lemak ini boleh menyebabkan iritasi dalam tekak dan meningkatkan penghasilan lendir.

Minyak yang digunakan dalam penggorengan juga boleh memburukkan lagi inflamasi yang kemudiannya melambatkan masa pemulihan daripada batuk.

Baca juga:

4. Makanan tinggi gula

Gula dan makanan manis lain juga boleh merangsang produksi lendir dalam tekak.

Lendir tambahan ini boleh menyebabkan tekak menjadi gatal lalu menyebabkan batuk.

Selain itu, gula juga boleh menurunkan sistem imun dan menyebabkan proses penyembuhan menjadi lebih lambat.

5. Kopi dan minuman berkafein

Kopi atau minuman berkafein juga boleh menyebabkan dehidrasi, yang kemudiannya boleh mengeringkan tekak.

Tekak yang kering lebih mudah mengalami iritasi, sekali gus memburukkan keadaan batuk anda.

Selain itu, kafein juga boleh mengganggu waktu tidur yang mana tidur yang baik juga sebahagian daripada proses pemulihan. 

6. Minuman beralkohol

Seperti kafein, minuman beralkohol juga boleh menyebabkan dehidrasi.

Dehidrasi boleh mengeringkan dan menyebabkan tekak anda iritasi.

Selain itu, alkohol turut boleh mengganggu waktu tidur dan sistem imun, yang kemudiannya memperlambat proses pemulihan.

7. Makanan yang masam

Makanan masam seperti jeruk, limau, dan tomato boleh mengakibatkan tekak anda mengalami keradangan.

Keradangan ini boleh menyebabkan batuk dan membuatnya menjadi lebih teruk.

Selain itu, makanan yang masam juga boleh meningkatkan risiko refluks asid.

8. Makanan tinggi lemak

image is not available
Gambar: ImageFX

Makanan yang tinggi kandungan lemak seperti daging berlemak, mentega, dan makanan segera, boleh meningkatkan risiko refluks asid.

Refluks asid adalah salah satu punca utama batuk yang berterusan.

Lemak melambatkan proses penghadaman, meningkatkan kemungkinan asid perut mengalir balik ke kerongkong dan menyebabkan kerengsaan yang memicu batuk.

9. Makanan dan minuman sejuk

image is not available
Gambar: ImageFX

Minuman sejuk atau aiskrim boleh menyebabkan saluran pernafasan mengecut dan meningkatkan penghasilan lendir.

Ini boleh memburukkan batuk terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai jangkitan pada saluran pernafasan.

Walaupun aiskrim mungkin boleh melegakan tekak yang sakit buat sementara waktu, namun ia sebenarnya boleh melambatkan pemulihan batuk jika diambil secara berlebihan.

Kesimpulan

Pemilihan menu makanan untuk orang batuk adalah kunci untuk pemulihan cepat daripada batuk.

Dengan mengamalkan petua dalam bentuk makanan yang perlu dielakkan ketika batuk, anda akan lebih cepat sembuh.

Berikan perhatian kepada reaksi badan anda dan berikan rawatan sewajarnya saat diperlukan.