Tecno MegaPad Pro Dijual Bermula RM1199 – Bateri 10,000mAh Dan Skrin 2K 90Hz

TechnologyDigital
1 Apr 2026 • 4:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tecno hadir dengan MegaPad Pro iaitu sebuah tablet baharu untuk pasaran Malaysia. Ia menawarkan spesifikasi yang sesuai untuk kegunaan harian biasa menjadikannya pilihan yang praktikal. Tablet ini juga sesuai digunakan oleh mereka yang mahukan produktiviti asas tanpa perlu ciri yang terlalu kompleks.

image is not available

Untuk spesifikasi, Tecno MegaPad Pro hadir dengan skrin 12 “2K Display serta kadar segar semula 90Hz. Ia dipadankan dengan cip Mediatek G100 Ultimate, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Terdapat juga sokongan RAM Maya sehingga 8GB yang menjadikan jumlah keseluruhan memori adalah 16GB RAM.

image is not available

Tecno MegaPad Pro hadir dengan tetapan kamera utama 13MP manakala bateri berkapasiti 10,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Dari segi audio, ia dilengkapi dengan empat pembesar suara stereo bersama Dolby Atmos untuk pengalaman mendengar lebih imersif. Selain itu, tablet ini turut menyokong Bluetooth 5.4, LTE + WiF, slot kad microSD 512GB dan USB Type-C.

image is not available

Harga jualan Tecno MegaPad Pro di Malaysia bermula pada RM1,199. Setiap pembelian turut disertakan kerangka pelindung  dengan papan kekunci serta stylus pen secara percuma selagi stok masih ada. Tablet ini boleh didapati melalui pengedar sah Tecno di platform Seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved