Bau busuk bawa penemuan mayat dalam parit

10 Sep 2026 • 4:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bau busuk bawa penemuan mayat dalam parit

KANGAR – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan meninggal dunia di dalam parit di hadapan sebuah kedai runcit dekat Jalan Tambun Tulang, Simpang Empat, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mayat mangsa berusia 40 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 10.48 pagi tadi.

“Polis menerima maklumat mengenai penemuan seorang lelaki terapung di dalam parit selepas seorang penduduk terhidu bau kurang menyenangkan sebelum membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan. Pemeriksaan di lokasi menemukan mangsa dalam keadaan meniarap dan siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah terhadap si mati,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati mangsa sebelum itu dilaporkan hilang oleh ibunya di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 5.16 pagi semalam.

“Mangsa yang merupakan pegawai keselamatan dilaporkan keluar bekerja di kawasan Simpang Empat pada 8 September lalu dan tidak pulang ke rumah sebelum satu laporan polis dibuat oleh ibunya. Mangsa masih bujang dan tinggal bersama keluarganya di Kangar selain siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai penyakit skizofrenia dan masih menerima rawatan di hospital,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

The post Bau busuk bawa penemuan mayat dalam parit appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved