Mayat lelaki ditemui dalam parit

10 Sep 2026 • 8:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat lelaki ditemui dalam parit
Polis menemukan mayat wanita dalam peti sejuk beku di kafe di Paju.

KANGAR - Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam parit berhadapan sebuah kedai runcit di Batu 1 ½, Jalan Tambun Tulang, Simpang Empat dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada 10.45 pagi daripada seorang lelaki yang sebelum itu terhidu bau busuk serta membuat pemeriksaan di parit kecil di hadapan rumahnya.

Beliau berkata, setibanya pasukan polis di lokasi kejadian, didapati mayat lelaki berusia 40 tahun itu berada dalam keadaan meniarap dengan memakai baju lengan panjang dan berseluar panjang di dalam parit berkenaan.

"Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah terhadap lelaki berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata, semakan lanjut mendapati lelaki itu dilaporkan hilang oleh ibunya di Balai Polis Kangar kira-kira 5.16 pagi semalam dengan siasatan awal turut mendapati dia mempunyai penyakit skizofrenia dan masih menerima rawatan di Unit Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Beliau berkata, lelaki yang masih bujang dan tinggal bersama keluarganya di sini dilaporkan keluar pada 8 Sept lepas dan tidak pulang sehingga laporan kehilangan dibuat.

Menurut Yusharifuddin, siasatan lanjut masih diteruskan pihaknya dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Bernama 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved