Bau busuk bawa penemuan mayat lelaki yang hilang sejak 29 Julai

6 Aug 2026 • 4:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bau busuk bawa penemuan mayat lelaki yang hilang sejak 29 Julai

BAGAN DATUK – Bau busuk yang dihidu seorang pekerja pembersihan membongkarkan penemuan mayat lelaki di dalam longkang di Kilometer (KM) 155.7, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd. Jali berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3.39 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan mangsa terbongkar selepas pekerja terhidu bau busuk ketika memotong rumput sebelum menemukan rangka manusia bersama motosikal di dalam longkang.

“Kita percaya mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dari arah Teluk Intan menghala ke Sabak Bernam terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh ke dalam longkang.

“Turut ditemukan barangan peribadi termasuk telefon bimbit, pasport Malaysia dan wang tunai dipercayai milik mangsa,” katanya di sini hari ini

Menurut beliau, semakan mendapati satu laporan mengenai kehilangan mangsa telah dibuat oleh ahli keluarganya di Balai Polis Teluk Intan semalam.

“Rangka itu dipercayai milik lelaki berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Julai lalu. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Normah Abu Hassan di talian 010-536 4619 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Bau busuk bawa penemuan mayat lelaki yang hilang sejak 29 Julai appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved