Baucar buku RM100 diteruskan untuk pelajar sekolah menengah, IPTA: Anwar

29 May 2026 • 2:17 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Baucar buku RM100 diteruskan untuk pelajar sekolah menengah, IPTA: Anwar

KUALA LUMPUR - Pemberian baucar Buku Madani bernilai RM100 bagi pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan penuntut Insitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diteruskan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri memberitahu, ini kerana soal pendidikan tetap diberikan keutamaan di sebalik keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

“Dalam konsep Buku Madani, saya tiada pilihan. Saya beri tahu Kementerian Kewangan (MOF) , soal merit, soal buku dan pendidikan harus tetap diberikan keutamaan.

“Semua pelajar sekolah bawah KPM dan mahasiwa bawah KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) di seluruh negara akan tetap terima RM100 seorang. Fokus dalam pendidikan dan kita tidak boleh kompromi,’’ katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Menurut Anwar, bantuan RM100 itu akan disalurkan secara terus dan pelajar menikmati diskaun apabila membeli buku.

“Bantuan RM100 yang diberikan sejak beberapa tahun lepas, kini disalurkan secara terus. Jadi, apabila anda membeli buku, anda akan menikmati diskaun tersebut,” katanya.

Dalam ucapannya itu juga, Anwar mengingatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak menggunakan baucar tersebut dan mewajibkan mereka membaca.

“Manfaatkan baucar buku, bukan beli simpan dalam almari tapi beli dan mula membaca. Sebagaimana kita dilatih baca al-Quran satu muka surat sehari, buku juga wajibkan pada anak-anak.

“Budaya membaca jadi masalah dalam dunia moden ini, hilang minat membaca sebab baca dunia sosial. Cuba menjawab persoalan kompleks dalam 20 patah perkataan dan mencerca orang dengan 40 perkataan.

“Ini merugikan, ini bukan pendidikan dan bukan tradisi ilmu,’’ katanya. - 29 Mei, 2026

The post Baucar buku RM100 diteruskan untuk pelajar sekolah menengah, IPTA: Anwar appeared first on Scoop.